Jumaat, 9 Ogos 2019 | 12:28am
PENYERANG Ivory Coast, Wilfried Zaha kekal di Crystal Palace.
PENYERANG Ivory Coast, Wilfried Zaha kekal di Crystal Palace.

Zaha kekal di Crystal Palace

LONDON: Penyerang Ivory Coast, Wilfried Zaha akan kekal di Crystal Palace walaupun meminta berpindah, kata pengurus Roy Hodgson hari ini.

Pemain berusia 26 tahun itu dikaitkan dengan pencabar Liga Perdana, Arsenal dan Everton ketika jendela perpindahan tetapi Palace enggan menerima sebarang tawaran di bawah 80 juta pound (RM406 juta).

“Benar, dia akan kekal, itu pasti. Kami gembira mengenainya. Dia pemain penting buat kelab,” kata Hodgson kepada televisyen Sky Sports.

“Kami menantikannya musim ini, apa yang sudah dilakukannya sejak dua musim lalu.”

Tawaran Arsenal yang dilaporkan berjumlah 40 juta pound (RM203 juta) ditolak pada Julai ketika abang Zaha, Judicael berkata adalah menjadi impian pemain itu bermain di kelab utara London itu.

Media melaporkan Everton menilai Zaha sekitar 60 juta pound (RM304 juta). - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X