Isnin, 12 Ogos 2019 | 9:43am
PEMAIN PSG, Kylian Mbappe (kanan) menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Nimes pada aksi Ligue 1 di Stadium Parc des Princes, Paris. - Foto AFP

PSG mula kempen tanpa Neymar

PARIS: Paris Saint-Germain melupakan kemelut perpindahan Neymar dan memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Ligue 1 dengan kemenangan 3-0 ke atas Nimes.

Neymar, 27, dipinggirkan daripada skuad sehari selepas pengarah sukan PSG Leonardo mengatakan rundingan berkenaan penjualan pemain Brazil itu semakin giat dijalankan.

Semalam pengendali PSG Thomas Tuchel berkata dia tidak mempunyai maklumat berkenaan masa depan Neymar dan dia perlu mencari jalan penyelesaian tanpa pemain itu.

Penalti kontroversi VAR Edinson Cavani pada minit ke-24 meletakkan PSG di depan dalam saingan di Parc des Princes. selepas penyokong meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ketiadaan Neymar.

Persembahan mantap Kylian Mbappe di babak kedua – dengan satu gol umpanan untuk Angel di Maria – menunjukkan yang Tuchel tidak mempunyai masalah tanpa kelibat Neymar.

 

“Kami tidak akan berbohong. Kita akan lihat apa yang terjadi dengan Neymar – tetapi ia bukan pasukan yang sama,” kata Mbappe.

PSG berkongsi kedudukan dengan Lyon, yang menewaskan Monaco 3-0 pada Jumaat, dan berharap dapat terus mendahului liga untuk gelaran ketiga berturut-turut dan kesembilan keseluruhan.

Tempoh dua tahun bekas penyerang Barcelona, Neymar, di ibu kota Perancis itu sejak PSG menjadikannya pemain termahal dunia di cemari kecederaan dan kontroversi.

Penyokong memasang kain rentang yang tertulis “Neymar. Sila keluar”, dan “Tidak berhati perut” merujuk kepada ulasannya berkenaan kenangan paling indahnya ialah ketika membantu Barcelona bangkit menewaskan PSG dalam saingan Liga Juara-Juara 2017. – AFP

 


PEMAIN PSG meraikan kemenangan selepas menewaskan Nimes pada aksi Ligue 1 di Stadium Parc des Princes, Paris. - Foto Reuters

Berita Harian X