Khamis, 22 Ogos 2019 | 6:00pm
GANDINGAN Mohd Fitrie Muhamad dan Zulfaizan Mansor dipilih sebagai penerima ABM bagi kategori Media Cetak Terbaik Mac hasil artikel bertajuk ‘Hasil pendekatan Irfan, Ismail wajar dicontohi’ susulan laporan khas berkaitan pemain import di Liga Malaysia (Liga M).

Wartawan BH bolot ABM MFL

PETALING JAYA: Berita Harian (BH) menguasai Anugerah Bulanan Media (ABM) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi bulan Mac dan April lalu.

Wartawan Sukan BH, Mohd Fitrie Muhamad dan Zulfaizan Mansor dipilih sebagai penerima ABM bagi kategori Media Cetak Terbaik Mac hasil artikel bertajuk ‘Hasil pendekatan Irfan, Ismail wajar dicontohi’ susulan laporan khas berkaitan pemain import di Liga Malaysia (Liga M).

Bagi pemenang ABM April, wartawan New Straits Times, Farah Azaharie dinobatkan sebagai pemenang ABM kategori Media Cetak Terbaik menerusi penyertaan bertajuk ‘Mad enough to fill PKNS FC boots’ disusuli wartawan Berita Harian biro Pahang, Asrol Awang yang memenangi kategori Media Online Terbaik hasil artikel berjudul ‘Lontaran jauh Anwar bawa tuah’.


INSIDEN pergaduhan membabitkan penyokong Pulau Pinang dan Perak pada aksi Piala Malaysia di Stadium Bandaraya, Sabtu lalu. Ihsan Youtube

“Kami sangat bersyukur kerana inilah yang dimahukan oleh setiap agensi media tempatan di mana artikel mereka dihargai khususnya mendapat pengiktirafan daripada MFL sendiri.

“Terima kasih kepada rakan saya, Zulfaizan kerana berkongsi idea untuk menghasilkan artikel berkualiti. ABM adalah satu langkah yang wajar dipuji dan secara tidak langsung menunjukkan Liga M sebenarnya memiliki banyak platform positif untuk diketengahkan,” kata Fitrie.

Setiap pemenang menerima trofi dan wang tunai RM500 disampaikan Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd.

Anugerah lain menyaksikan Koppa TV dipilih sebagai pemenang ABM untuk kategori Media Elektronik Terbaik Mac menerusi penyertaan berjudul ‘Kenapa Perlis boleh masuk Liga Premier 2019’.

Sementara itu juara ABM kategori Media Online Terbaik Mac dimenangi wartawan FoxSports, Muhammad Aiman Aminul menerusi artikel bertajuk ‘Faiz Nasir buktikan mat jenin juga menjadi raja’ manakala trofi ABM kategori Foto Terbaik menjadi milik jurufoto Malaysia Gazette, Affan Fauzi.

Foto Terbaik April dimenangi jurufoto Bernama, Muhammad Amirul Azmi.

291 dibaca
Berita Harian X