Rabu, 4 September 2019 | 7:02am
PERTAHANAN kanan Manchester United, Aaron Wan-Bissaka. - Foto Reuters

Wan-Bissaka tarik diri daripada skuad England

LONDON: Pertahanan kanan Manchester United, Aaron Wan-Bissaka menarik diri daripada skuad England yang akan berdepan Bulgaria dan Kosovo pada kelayakan Euro 2020 minggu depan kerana kecederaan belakang, awal pagi tadi.

Pemain berusia 21 tahun itu berada di landasan untuk membuat penampilan sulung bersama skuad senior selepas persembahan baik dalam empat aksi pertama sejak menyertai United dari Crystal Palace dengan harga £50 juta pound (RM254 juta) pada Jun.

“Aaron Wan-Bissaka menarik diri daripada skuad England,” kata Persatuan Bola Sepak England menerusi satu kenyataan.

“Pertahanan kanan Manchester United itu kembali ke kelabnya kerana masalah kecederaan belakang.

“Dengan Trent Alexander-Arnold dan Kieran Trippier sudah dimasukkan ke dalam senarai 24 pemain skuad Gareth Southgate, tiada rancangan untuk mencari penggantinya.”

England sudah semakin hampir layak ke Kejohanan Eropah tahun depan selepas membelasah Republik Czech dan Montenegro dalam dua aksi awal kelayakan.

Wan-Bissaka adalah seorang daripada empat pemain muka baharu dinamakan dalam skuad Southgate minggu lalu ketika bos England itu merancang untuk memberikan peluang kepada pemain muda dengan sasaran untuk menyerlah pada musim panas depan. - AFP

 

 

Berita Harian X