PARIS: Kylian Mbappe dan Edinson Cavani terlepas aksi membantu Paris Saint-Germain (PSG) berdepan Real Madrid dalam pertembungan Kumpulan A , Liga Juara-Juara di Parc des Princes, pada Khamis.
Juara Ligue 1 itu mengesahkan kedua-dua pemain itu perlu direhatkan sehingga minggu depan susulan kecederaan belum pulih.
PSG berkata, kedua-dua tonggak itu mengalami kecederaan ketika mereka menewaskan Toulouse 4-0 bulan lalu.
Tanpa Mbappe, Mauro Icardi dijangka akan bergandingan dengan Neymar yang meledak gol kemenangan sulungnya sejak tampil dalam aksi liga pertama selepas perpindahannya menemui jaan buntu pada jendela perpindahan tempoh hari.
Selain itu, gandinan Eric Maxim Choupo-Moting dijangka menjadi pilihan untuk disenaraikan pengendali PSG, Thomas Tuchel.
Selain Mbappe, PSG juga turu kehilangan khidmat Julian Draxler, Thilo Kehrer dan Colin Dagba ketika melayan kunjungan anak buah Zinedine Zidane susulan masih dalam proses pemulihan. – Agensi