Selasa, 17 September 2019 | 11:18pm
PEMAIN JDT, Adam Nor Azlin (kiri) meraikan gol pertama bagi pasukannya pada perlawanan Piala Malaysia 2019 antara pasukan UiTM FC bertemu pasukan JDT di Stadium UiTM. - Foto BERNAMA

JDT benam UiTM FC

 

SHAH ALAM: Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan rekod bersih dalam saingan Piala Malaysia musim ini selepas menundukkan UiTM FC 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

JDT yang sudah mengesahkan tempat ke suku akhir selaku juara Kumpulan B dikejutkan dengan jaringan pembukaan UiTM menerusi Zulkifli Zakaria pada minit ke-38.

Namun, skuad Harimau Selatan yang merehatkan beberapa tonggak utama bangkit menyamakan kedudukan pada masa kecederaan babak pertama hasil jaringan Adam Nor Azlin.

Fadhli Shas kemudian mengesahkan kemenangan JDT apabila meledak gol kedua pelawat pada minit ke-59.

Selaku juara kumpulan, JDT akan berdepan naib juara Kumpulan A, Terengganu FC (TFC) di pentas suku akhir.

Berita Harian X