Ahad, 22 September 2019 | 7:57am
LIONEL Messi bersama rakan sepasukan selepas perlawanan Barcelona menentang Granada. - Foto Reuters

Persembahan buruk Barcelona berterusan

MADRID: Barcelona membawa masuk bintang masa kini dan masa depan pada saingan awal pagi tadi namun Lionel Messi malah Ansu Fati tidak mampu menyelamatkan mereka daripada kekalahan 2-0 kepada Granada.

Messi masih belum cukup cergas untuk memulakan saingan di Los Carmenes manakala Fati, pemain berusia 16 tahun yang menyinar di La Liga kebelakangan ini, juga memulakan permainan dari bangku simpanan.

 


LIONEL Messi

Ketika kedua-duanya masuk pada babak pertama ketika Barca ketinggalan hasil jaringan pembukaan Ramon Azeez, Granada sekali lagi menemui gawang, Alvaro Vadillo menyempurnakan penalti selepas Arturo Vidal memegang bola.

 

Barcelona kini hanya menang dua daripada lima perlawanan awal liga dan tiada di laman lawan selain Camp Nou, dan ini adalah kekalahan kedua mereka, hanya satu kurang daripada tiga kekalahan dialami mereka sepanjang musim lalu.

 

Selepas mengumpul tujuh mata, ini adalah persembahan paling buruk pada permulaan musim sejak 1994.


ANSU Fati. - Foto AFP

“Jelas saya sangat bimbang,” kata jurulatih Ernesto Valverde. “Kerana kami tidak merakam keputusan baik dan apabila ia berlaku dalam dua atau tiga perlawanan, ia bermakna kami tidak bermain baik.”

Sebaliknya Granada naik ke persada liga selepas menggunakan sepenuhnya keputusan seri tanpa jaringan Atletico Madrid di laman sendiri kepada Celta Vigo beberapa jam sebelum itu.

 

Mereka akan kekal hingga hari ini sehingga Sevilla, Real Madrid atau Athletic Bilbao boleh mengatasinya. - AFP

Berita Harian X