Sabtu, 28 September 2019 | 5:40pm
KETUA jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim. NSTP/Effendy Rashid.
KETUA jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim. NSTP/Effendy Rashid.

PKNP perlu cari gol awal

 

MANJUNG: Pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim mengingatkannya anak buahnya supaya menyekat dan memberikan saingan sengit kepada skuad Lang Merah pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, esok.   

Menurut Abu Bakar, paling penting pasukannya dapat menggandakan usaha mencari kemenangan berdepan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak yang bermain di laman sendiri.    

Jelasnya, biarpun pasukan itu ada sejarah tewas di sana namun mereka tetap bersemangat dalam misi mencari kemenangan dan berharap anak buahnya dapat mengekalkan momentum permainan.

"Pastinya permainan akan sangat menarik dan kita sedari senario di sana bukan mudah, namun kita perlu mencari 2-0 dan kita akan cuba memberikan yang terbaik.   

"Yang paling penting pemain dapat fokus sepanjang 90 minit dan mempertahankan benteng kerana pastinya ancaman serangan Kedah akan lebih bahaya. Kita perlu mencari peluang dahulu mendapatkan gol," katanya hari ini.

Abu Bakar turut mengharapkan penyerang import PKNP, Giancarlo Lopes dapat memberikan sesuatu di Stadium Darul Aman esok kerana sebelum ini dia dikawal ketat pertahanan Kedah.

“Jika dia dapat lepaskan diri daripada kekangan itu saya rasa kita upaya memberikan sesuatu di Darul Aman," katanya. 

 

 

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X