Khamis, 10 Oktober 2019 | 8:28am
Bekas penjaga gol Chelsea dan Arsenal, Petr Cech menyertai pasukan hoki ais Guildford Phoenix, semalam.

Petr Cech sertai pasukan hoki ais

LONDON: Bekas penjaga gol Chelsea dan Arsenal, Petr Cech menyertai pasukan hoki ais Guildford Phoenix, semalam.

Penjaga gol berusua 37 tahun itu menamatkan karier bola sepaknya Mei tahun lalu selepas kali terakhir menjaga gawang untuk Gunners yang kalah 1-4 di tangan Chelsea pada final Liga Europa.

Cech yang kembali ke Chelsea sebagai penasihat pasukan tidak menunggu lama untuk kembali aktif dalam sukan dengan menyertai Guildford Phoenix.

Cech dalam laman web pasukan itu berkata:  "Saya teruja diberi peluang beraksi untuk Phoenix.

"Saya berharap dapat membantu kelab muda ini mencapai hasratnya memenangi sebanyak mana perlawanan musim ini dan saya cuba membantu setiap kali diberi kesempatan bermain.

"Selepas 20 tahun sebagai pemain profesional, pengalaman beraksi dalam sukan ini adalah paling menakjubkan yang selama ini saya tonton sejak zaman kanak-kanak.”

Pasukan Phoenix yang ditubuhkan pada 2017, kini dalam tier keempat hoki ais Britain. – Agensi 

Berita Harian X