Khamis, 17 Oktober 2019 | 7:23am
Penjaga gol Sepanyol dan Manchester United, David de Gea (tengah) dipapah keluar akibat tercedera ketika mewakili negaranya menentang Sweden pda kelayakan Euro 2020, kelmarin. - Foto EPA

Pogba, De Gea terlepas peluang cabar Liverpool

LONDON: Manchester United membuat persiapan berdepan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad ini tanpa khidmat Paul Pogba dan penjaga gol, David De Gea, umum pengurusnya, Ole Gunnar Solskjaer, semalam.

De Gea terpaksa dikeluarkan ketika dia membantu Sepanyol dalam perlawanan Kelayakan Euro 2020 berdepan Sweden yang berkesudahan seri 1-1 di Stockholm, kelmarin.

"David perlu diimbas," kata Solskjaer kepada Sky Sports. "Saya rasa dia akan terlepas peluang bermain.”

Pemain midfield Perancis, Pogba pula masih bergelut dengan kecederaan dan sudah terlepas lima daripada tujuh aksi United akibat cedera buku lali dan terpaksa mendapatkan rawatan di Dubai ketika rehat antarabangsa.

"Paul masih lagi cedera, dia sudah kembali. Dia berusaha keras. Dia mungkin boleh beraksi untuk beberapa perlawanan,” kata Solskjaer.

"Dia menjalani imbasan selepas perlawanan menentang Arsenal dan mungkin memerlukan beberapa minggu lagi untuk berehat dan harapnya ia tidak terlalu lama, tapi bagi perlawanan minggu ini memang dia tidak boleh disenaraikan.”

United mencatat dua kemenangan awal musim ini dan terperosok di tangga ke-12 EPL dengan hanya mengutip sembilan mata.

Dalam pada itu, United lega apabila Anthony Martial, Luke Shaw dan Aaron Wan-Bissaka kembali cergas namun Solskjaer belum pasti sama ada menyenaraikan mereka atau tida.

"Harapnya, Aaron dan Anthony dapat menjalani latihan minggu ini dan mampu diturunkan untuk perlawanan itu,” kata jurulatih Norway itu.

"Tapi saya tak pasti sama ada dia akan bermain separuh masa atau 30 minit, kita tengoklah perkembangnya nanti.”

Liverpool beraksi sempurna musim ini dengan mengutip 24 mata daripada lapan perlawanan dan bakal menyamai rekod Manchester City yang mencatat 18 kemenangan sebagai pendahulu liga jika menang di Old Trafford. – Reuters

Berita Harian X