X
Khamis, 31 Oktober 2019 | 1:17pm
Barcelona mahu bawa kembali Neymar ke Nou Camp.
Barcelona mahu bawa kembali Neymar ke Nou Camp.

Sanggup ubah gaji untuk bantu Barca dapatkan Neymar 

MADRID: Pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique mendedahkan pasukan itu pernah membuat tawaran untuk mengubah gaji mereka bagi membolehkan Neymar kembali ke pangkuan pasukan juara La Liga itu.

Neymar sedang berusaha untuk kembali ke Barca ketika jendela perpindahan September lalu, hanya dua tahun selepas mencipta rekod perpindahan tertinggi dunia dengan jumlah €222 juta (RM1.035 bilion) bagi perpindahan ke Paris Saint-Germain (PSG).

Bagaimanapun perjanjian baru masih belum mencapai kata putus dengan PSG meski Barca berusaha membawa masuk bintang Brazil itui kembali ke Camp Nou.

Pique berkata dia dan rakan pasukannya cuba membantu Neymar kembali ke pangkuan skuad gergasi Sepanyol itu meskipun tertakluk dengan peraturan kewangan ‘Financial Fair Play’, katanya kepada program Cadena Ser.

“Kami tidak membayar duit itu.

“Apa yang diberitahu kepada presiden adalah sama ada kami boleh mengubah kontrak kami kerana kami tahu ada isu Financial Fair Play … jadi kami katakan kepada presiden, berbanding memperoleh sesuatu dalam tahun pertama, kami boleh peroleh pada tahun kedua atau ketiga atau keempat.

“Pada akhirnya kami mahu bersama-sama kelab dengan membantu kelab, dalam kes ini ia mengelakkan masalah melanggar peraturan kewangan, kami tidak ada masalah melakukannya.

“Berbanding mengurangkan gaji kami, ia adalah mengenai mencari formula terbaik jika kelab mahu mendapatkan Neymar.

“Pada masa yang sama mereka fikirkan ia adalah idea bagus.” – Agensi

Berita Harian X