Selasa, 19 November 2019 | 10:54pm

Dua gol Safawi benam Indonesia

KUALA LUMPUR: Malaysia menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad Garuda bimbingan Yeyen Tumena yang mengharungi perjalanan lebih 1,200 kilometer itu terpaksa pulang hampa apabila gagal membawa sebarang mata sejak kali terakhir mereka memenangi perlawanan di Malaysia adalah 14 tahun lalu pada aksi Piala Tiger 2005. 

Lebih membanggakan, Harimau Malaya menguasai ‘Derbi Nusantara’ itu dengan ‘agregat’ 5-2 selepas mereka turut menewaskan Indonesia 3-2 pada aksi Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta sebelum ini dan Indonesia terpaksa akur ‘terbenam’ di tangga tercorot Kumpulan G kerana tewas semua lima perlawanan.

Babak pertama menyaksikan Indonesia lebih banyak bertahan namun mereka jelas berbahaya menerusi serangan balas pantas yang beberapa kali berjaya memerangkap pertahanan Malaysia.


Pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha (dua dari kiri) cuba melepasi kawalan pemain Indonesia pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Bagaimanapun Malaysia memanfaatkan situasi bola mati apabila sepakan percuma yang diperolehi pada minit ke-29 disudahkan dengan cantik oleh Safawi Rasid untuk tuan rumah mendahului 1-0.

Bersambung babak kedua, Stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi gamat pada minit ke-72 apabila gawang Indonesia dibolosi buat kali kedua selepas rembatan deras Safawi menewaskan Muhammad Ridho yang jelas tidak dapat berbuat apa apa untuk menyelamatkan percubaan terbabit.

Indonesia mendapat sedikit harapan untuk bangkit selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-82 namun segalanya serba tidak menjadi buat pelawat apabila penjaga gol gantian, Farizal Marlias menangkap kemas sepakan penalti Osas Marvellous Ikpefua.

 


Aidil Zafuan mempertahankan kubu pertahanan Malaysia ketika diasak pemain Indonesia pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - Foto BERNAMA

 

Pemain Malaysia, Muhammad Safawi Rashid meraikan jaringan pertama perlawanan pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Antara penyokong Malaysia yang hadir menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 menentang Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Penyokong Malaysia meraikan kemenangan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 menentang Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Pemain Malaysia, Corbin Ong dihadang penjaga gol Indonesia, Muhammad Ridho pada aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin
Penjaga gol negara, Farizal Marlias memeluk rakan sepasukan selepas tamat perlawanan. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin
Penyokong memberi semangat kepada pasukan Malaysia ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Berita Harian X