X
Khamis, 12 Disember 2019 | 8:27am
Penyerang Paris Saint-Germain, Neymar (tengah) mengawal bola dari dua pemain Galatasaray pada saingan Liga Juara-Juara awal pagi tadi. - Foto REUTERS
Penyerang Paris Saint-Germain, Neymar (tengah) mengawal bola dari dua pemain Galatasaray pada saingan Liga Juara-Juara awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Neymar mula pamer sentuhan sebenar

PARIS: Neymar menandakan permulaan sulung Liga Juara-Juara selepas setahun dengan menjaringkan satu gol dan membantu untuk dua lagi ketika Paris Saint-Germain menang 5-0 mengtasi Galatasaray awal pagi tadi.

Mauro Icardi dan Pablo Sarabia menjaringkan gol pada babak pertama di Parc des Princes, dengan pemain termahal dunia itu mendapatkan gol ketiga pasukannya selepas dua minit perlawanan bersambung.

Kylian Mbappe menjaringkan gol keempat dan pemain gantian, Edinson Cavani menambah penalti lewat permainan ketika PSG – yang sudah layak ke kelompok 16 terakhir selaku juara kumpulan - mengumpul 16 mata daripada keseluruhan 18 dalam Kumpulan A, lima mata di depan Real Madrid.

Penyerang PSG, Kylian Mbappe (kiri) bersaing dengan pemain Galatasary, Ryan Donk pada aksi saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. - Foto AFP
Penyerang PSG, Kylian Mbappe (kiri) bersaing dengan pemain Galatasary, Ryan Donk pada aksi saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. - Foto AFP

Bagaimanapun Neymar paling cemerlang, empat hari selepas menjadi bintang ketika menang 3-1 dalam saingan domestik menentang Montpellier selepas setahun mengalami kecederaan dan kali terakhir beraksi di Eropah ialah ketika menentang Red Star Belgrade.

“Neymar sangat penting dalam perlawanan sukar di Montpellier. Dia penting dalam perlawanan itu dan dia semakin meningkat,” kata jurulatih Thomas Tuchel.

“Dia bekerja keras dalam permainan, dia sedang mencari prestasi terbaiknya. Adalah mudah buatnya ketika ini untuk memecut, dan dia sangat bagus.”

Perlawanan berkenaan turut menjadi ujian buat skuad tuan rumah dengan Tuchel merehatkan bintang seperti Angel Di Maria, Thiago Silva, Marco Verratti dan penjaga gol Keylor Navas. - AFP

Penyerang PSG, Edinson Cavani menghasilkan gol melalui sepakan penalti ke atas Galatasary, awal pagi tadi. - Foto AFP
Penyerang PSG, Edinson Cavani menghasilkan gol melalui sepakan penalti ke atas Galatasary, awal pagi tadi. - Foto AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X