Isnin, 16 Disember 2019 | 12:17am
PEMAIN Manchester United, Mason Greenwood (kanan) marikan jaringan penyamaan ketika aksi menentang Everton. - Foto AFP
PEMAIN Manchester United, Mason Greenwood (kanan) marikan jaringan penyamaan ketika aksi menentang Everton. - Foto AFP

Greenwood selamatkan Man United

MANCHESTER, England: Pemain remaja, Mason Greenwood meneruskan rentak cemerlang apabila meledak gol penyamaan lewat permainan buat Manchester United ketika seri 1-1 dalam saingan Liga Perdana di laman sendiri berdepan Everton sebentar tadi selepas jaringan sendiri Victor Lindelof meletakkan pelawat di depan.

Penyerang berusia 18 tahun itu yang turut meledak dua gol ketika United menang 4-0 dalam Liga Europa mengatasi wakil Belanda, AZ Alkmaar awal pagi Jumaat lalu, masuk menggantikan Jesse Lingard pada pertengahan babak kedua dan menyamakan kedudukan pada minit ke-77.

Everton perlu berterima kasih kepada penjaga gol Jordan Pickford kerana mempertahankan gawangnya daripada banyak dibolosi United.

Pelawat mendahului pada minit ke-36 apabila penjaga gol tuan rumah, David De Gea tersalah agak hantaran lintang Leighton Baines dan bola terkena Lindelof.

Gol berkenan diberikan selepas melihat Video Bantuan Pengadil (VAR) ketika penyerang Everton, Dominic Calvert-Lewin berlanggar dengan De Gea dalam kotak penalti. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X