Ahad, 12 Januari 2020 | 2:05pm
Penyerang Manchester United, Marcus Rashford merembat lalu membolosi gawang Norwich City untuk gol kedua pasukannya pada perlawanan Liga Perdana Inggeris. - Foto REUTERS
Penyerang Manchester United, Marcus Rashford merembat lalu membolosi gawang Norwich City untuk gol kedua pasukannya pada perlawanan Liga Perdana Inggeris. - Foto REUTERS

Rashford ledak dua gol atasi Norwich

MANCHESTER: Marcus Rashford meraikan penampilan ke-200 untuk Manchester United dengan dua gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Norwich pada saingan Liga Perdana Inggeris.

Anthony Martial dan pemain remaja Mason Greenwood turut menemui sasaran untuk skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer meneruskan pemburuan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

Rashford terus menjadi tonggak pasukannya musim ini dan kini dia mengumpul 19 gol dalam 23 perlawanan untuk United dan England.

Kemenangan itu mengekalkan United di tangga kelima, lima mata di belakang Chelsea yang menghuni tangga keempat.

“Dalam mana-mana perlawanan Liga Perdana anda perlu mengambil kesempatan di atas tekanan dan penguasaan yang anda tampilkan,” kata Solskjaer. “Babak kedua amat menarik.

“Kami bertindak balas hari ini. Kami mampu bangkit dan melangkah dua atau tiga langkah ke depan sebelum mengundur selangkah, kerana di belakang tabir kami tahu yang kami sedang melakukan kerja yang bagus.”

 

Rashford meledak pada minit ke-27 selepas mendapat umpanan Juan Mata. Ia adalah gol liga ke-13 pemain England itu musim ini dan yang ke-14 dalam semua pertandingan – hadir menerusi sepakan penalti babak kedua. – AFP

 

Berita Harian X