Rabu, 15 Januari 2020 | 7:14am
Penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku (kiri) melepasi halangan pemain Caligari pada aksi Piala Itali, awal pagi tadi. - Foto AFP
Penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku (kiri) melepasi halangan pemain Caligari pada aksi Piala Itali, awal pagi tadi. - Foto AFP

2 gol Lukaku bawa Inter ke suku akhir

MILAN: Romelu Lukaku meledak hanya dalam tempoh 21 saat ketika dia menjaringkan dua gol ketika menang  4-1 mengatasi Cagliari seterusnya membawa Inter Milan ke kelompok lapan terakhir Piala Itali menakala Lazio dan Napoli akan berjumpa di suku akhir selepas mengatasi lawan masing-masing.

Lukaku seperti dilahirkan semula sejak berpindah ke Itali dan dua jaringan itu melebarkan jumlah jaringannya kepada enam gol daripada empat perlawanan dalam semua kejohanan dan jaringan Serie A ke-14 daripada 19 perlawanan.

“Inter adalah pilihan terbaik buat saya, di sini saya boleh meningkat sebagai pemain dan membantu kelab mencari gol,” kata Lukaku kepada penyiar RAI.

“Saya memberikan semuanya buat pasukan dan itulah cara saya bermain – itulah yang disukai penyokong.”

Kemenangan itu membantu kelab berkenan bangkit selepas membiarkan Juventus merampas kedudukan teratas Serie A selepas keputusan 1-1 berdepan Atalanta pada hujung minggu dan kembalinya Alexis Sanchez daripada kecederaan turut membantu skuad Conte.

Inter akan berdepan sama ada Atalanta atau Fiorentina yang akan bermain awal pagi esok. – AFP

Penyerang Inter Milan, Alexis Sanchez mengawal bola dari pemain Cagliari pada perlawanan Piala Itali, awal pagi tadi. - Foto AFP
Penyerang Inter Milan, Alexis Sanchez mengawal bola dari pemain Cagliari pada perlawanan Piala Itali, awal pagi tadi. - Foto AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X