Khamis, 16 Januari 2020 | 11:44pm
Shukor Adan (kiri) dan Syahrul selepas penyelesaian tunggakan gaji di Melaka, hari ini ini. - NSTP/Nazri Abu Bakar.

MUSA lunas tunggakan gaji

MELAKA: Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) sudah menyelesaikan tunggakan gaji musim 2019 membabitkan kesemua pemain tempatannya.

Bendahari Kehormat MUSA, Mohamad Rashidi Othman berkata, bayaran berjumlah RM1.1 juta itu turut membabitkan pemain yang tidak disambung kontrak dan yang masih bersama pasukan untuk musim 2020.

Namun menurutnya, cuma tunggakan membabitkan tujuh pemain import masih belum diselesaikan dan dijangka akan dilunaskan dalam tempoh terdekat.

“Segalanya berjalan lancar dan semua pemain dan bekas pemain amat berpuas hati dengan langkah berkenaan walaupun sedikit lewat menerusi penyusunan jawatankuasa baharu,” kata Mohamad Rashidi.

“Dengan bayaran berkenaan membuktikan janji presiden MUSA Damian Yeo dan pengurusan untuk menyelesaikan tunggakan akhirnya menjadi kenyataan.”

Sementara itu, penolong pengurus Syahrul Nizam Shamsuddin berkata, Shukor Adan yang mewakili bekas pemain Melaka 2019 turut mengucapkan terima kasih di atas usaha Damian menyelesaikan gaji yang tertunggak berkenaan.

Damian turut merakamkan penghargaan di atas kerjasama Shukor sepanjang mewakili pasukan Hang Tuah.

Berita Harian X