Rabu, 22 Januari 2020 | 10:58pm
Cavani (kiri) sukar mendapat tempat berbanding Mbappe (kanan) di PSG. - Reuters

'PSG tak adil kepada Cavani'

MADRID: Edinson Cavani mahu menyertai Atletico Madrid dan dia dilayan “tidak adil” oleh Paris Saint-Germain, kata bapa penyerang Uruguay itu hari ini.

Cavani, 32, gagal mendapat tempat di PSG ketika dia bersaing dengan Kylian Mbappe, Neymar, Mauro Icardi dan Angel di Maria untuk tempat di barisan serangan.

Beberapa kelab dilaporkan berminat mendapatkan Cavani, yang menjaringkan rekod kelab 198 gol buat PSG dan kontraknya akan tamat musim panas ini.

Atletico tampak akan menjadi pilihan pemain berusia 32 tahun itu tetapi kelab La Liga itu dan PSG masih belum bersetuju dengan yuran perpindahan.

“Saya suka dia bermain di sana, (jurulatih Atletico Diego) Simeone mahukan dia tetapi ketua jurulatih Paris Saint-Germain (Thomas Tuchel) berkata dia diperlukan bagi membantu mereka bersaing dalam Liga Juara-Juara,” kata bapa Cavani, Luis dalam program televisyen Sepanyol, El Chiringuito.

“Saya rasa ada peluang yang kuat dia akan ke Atletico. Ada juga peluang menyertai kelab itu pada Jun. Banyak kelab berminat tetapi jika anda berjanji dengan sesebuah pasukan, anda menghormatinya.” - AFP

Berita Harian X