Isnin, 27 Januari 2020 | 11:30pm
Bintang Tottenham berusia 27 tahun, Christian Eriksen selamat tiba di Itali dan menyempurnakan pemeriksaan perubatan untuk melengkapkan perpindahan ke Inter Milan.

Eriksen dapat sambutan hangat di Milan

MILAN: Christian Eriksen selamat tiba di Itali dan menyempurnakan pemeriksaan perubatan untuk melengkapkan perpindahan ke Inter Milan.

Bintang Tottenham berusia 27 tahun itu dilaporkan bakal menerima gaji 320,000 pound (RM1.7 juta) seminggu di kelab gergasi Itali berkenaan.

Eriksen bintang Liga Perdana Inggeris terbaru berpindah ke San Siro selepas Ashley Young dari Manchester United.

Bintang Chelsea Victor Moses juga menyertai kelab Serie A itu secara pinjaman sehingga akhir musim ini.

Eriksen mendesak perpindahan keluar dari kelab London dengan tidak melanjutkan kontraknya bersama skuad kendalian Jose Mourinho.

Dia menyertai Tottenham dari Ajax pada tahun 2013 dan menjaringkan 69 gol, membantu 89 jaringan sepanjang 305 penampilannya.

Namun musim ini dia hanya meledak tiga kali dan digugurkan ketika keputusan seri 1-1 menentang Southampton dalam saingan Piala FA.

“Jika anda tanya saya sama ada ini adalah Christian yang terbaik, saya perlu bercakap jujur dan mengatakan tidak,” kata Mourinho.

“Saya tidak menyalahkan atau mengkritik pemain, saya hanya katakan yang ia perkara biasa dalam situasi ini pemain tidak dapat memberikan persembahan terbaik di peringkat tertinggi.” – AGENSI

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X