Sabtu, 1 Februari 2020 | 11:09pm
PEMAIN Chelsea, Antonio Rudiger menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Leicester City pada aksi Liga Perdana Inggeris di King Power, sebentar tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Chelsea, Antonio Rudiger menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Leicester City pada aksi Liga Perdana Inggeris di King Power, sebentar tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Chelsea, Antonio Rudiger meraikan jaringannya dalam perlawanan menentang Leicester City pada aksi Liga Perdana Inggeris di King Power, sebentar tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Chelsea, Antonio Rudiger meraikan jaringannya dalam perlawanan menentang Leicester City pada aksi Liga Perdana Inggeris di King Power, sebentar tadi. - Foto Reuters

Chelsea, Leicester terikat di King Power

LONDON: Antonio Rudiger menyelamatkan maruah Chelsea selepas meledak dua gol peribadi bagi membantu The Blues mencatat keputusan seri 2-2 dengan Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

Rudiger meletakkan Chelsea di depan apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-46 sebelum Harvey Barnes menyamakan kedudukan minit ke-54.

Ben Chilwell kemudiannya meletakkan Leicester di depan apabila dia menjaringkan gol pada minit ke-64.

Aksi dramatik di Stadium King Power berakhir menerusi jaringan penyamaan Rudiger minit ke-71 yang turut menjadikannya tonggak pertahanan pertama meledak dua gol buat Chelsea sejak John Terry melakukannya ketika menentang Fulham pada 2013.

PEMAIN Leicester City, Harvey Barnes diasak pemain Chelsea, Reece James pada aksi Liga Perdana Inggeris di King Power, sebentar tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Leicester City, Harvey Barnes diasak pemain Chelsea, Reece James pada aksi Liga Perdana Inggeris di King Power, sebentar tadi. - Foto Reuters

Leicester yang menghuni tangga ketiga liga bagaimanapun masih boleh menarik nafas lega dengan keputusan itu apabila mereka berkelebihan lapan mata di depan Chelsea yang menduduki tangga keempat.

Keputusan itu juga menyaksikan Chelsea hanya mencatat satu kemenangan dalam lima perlawanan terakhir liga.

Kecewa dengan kegagalan Chelsea membawa pemain baharu pada pintu perpindahan yang ditutup, semalam pengurus The Blues, Frank Lampard kini menganggap pasukannya sebagai 'underdog' dalam perebutan slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan. - AFP

PEMAIN Leicester City, Ben Chilwell diasak pemain Chelsea, Callum Hudson-Odoi pada aksi Liga Perdana Inggeris di King Power, sebentar tadi. - Foto AFP
PEMAIN Leicester City, Ben Chilwell diasak pemain Chelsea, Callum Hudson-Odoi pada aksi Liga Perdana Inggeris di King Power, sebentar tadi. - Foto AFP

Berita Harian X