Khamis, 6 Februari 2020 | 9:41pm
DELEGASI FAM yang diketuai Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Mohd Zuki Ali di pejabatnya di Putrajaya, hari ini. - Foto ihsan Facebook FAM
DELEGASI FAM yang diketuai Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Mohd Zuki Ali di pejabatnya di Putrajaya, hari ini. - Foto ihsan Facebook FAM

FAM kunjungi KSN

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Mohd Zuki Ali di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Delegasi FAM yang diketuai Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Mohd Zuki yang baru dilantik sebagai KSN, bulan lalu.

Hamidin turut mengambil kesempatan membincangkan hal ehwal bola sepak negara serta pembabitan dan sumbangan kerajaan secara terus dalam sukan nombor satu itu.

Dalam perkembangan lain, FAM turut menganjurkan bengkel Pelan Pembangunan Bola Sepak Wanita 2020-2030 di sini, hari ini.

Penganjuran bengkel itu selari dengan dengan Pelan Pembangunan Bola Sepak Wanita 2020-2030 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Bengkel berkenaan disertai penggiat bola sepak wanita di negara ini termasuk dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Institut Pengajian Tinggi (IPT), Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), bekas pemain dan FAM sendiri.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X