Isnin, 17 Februari 2020 | 10:09pm
Keadaan pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane disepak di bahagian muka oleh pertahanan Celta, Joseph Aidoo. - Foto thesun.co.uk
Keadaan pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane disepak di bahagian muka oleh pertahanan Celta, Joseph Aidoo. - Foto thesun.co.uk

Zidane 'makan' but Aidoo

LONDON: Zinedine Zidane di sepak di bahagian mukanya ketika Real Madrid mencatat keputusan seri 2-2 dengan Celta Vigo, awal pagi tadi.

Jurulatih Real itu dilihat sedang menjerit bagi memberi arahan kepada pemainnya ketika keputusan terikat 1-1 sebelum insiden malang itu berlaku.

Tonggak pertahanan Celta, Joseph Aidoo cuba mengawal bola daripada Toni Kross pada minit ke-61, tetapi dia tergelincir ke belakang sekali gus melanggar Zidane yang berada di tepi padang sehingga terjatuh.

Apa yang mencuri tumpuan adalah kaki Aidoo terangkat ke atas dan kasut butnya terkena muka Zidane.

Ini adalah insiden kedua yang menimpa Zidane selepas beberapa hari dia terbabit dengan kemalangan kereta dalam perjalanan untuk menjalani latihan.

Zidane, 47, kemudiannya dengan segera bangun sambil dibantu Aidoo. - AGENSI

Berita Harian X