Sabtu, 22 Februari 2020 | 5:18pm
Pemain baharu Barcelona, Martin Braithwaite kena kutuk skil sungkit bola tak jadi. - Foto AFP
Pemain baharu Barcelona, Martin Braithwaite kena kutuk skil sungkit bola tak jadi. - Foto AFP

Kena kutuk skil sungkit bola tak jadi

BARCELONA: Pemain baharu ditandatangani Barcelona, Martin Braithwaite berdepan hari yang tidak dapat dilupakan apabila percubaannya memperagakan skil dalam majlis pengenalannya bertukar menjadi mimpi ngeri.

Gergasi Sepanyol itu membelanjakan £15 juta (RM79 juta) untuk menandatangani bekas pemain Middlesbrought itu dari Leganes pada minggu ini.

Insiden janggal itu terjadi apabila percubaannya melakukan gelecekan 3D menyungkit bola menggunakan tumit belakang tidak menjadi selepas hilang kawalan bola.

Presiden Barcelona president Josep Maria Bartomeu (kiri) memperkenalkan pemain baharu, Martin Braithwaite (tengah). - Foto Reuters
Presiden Barcelona president Josep Maria Bartomeu (kiri) memperkenalkan pemain baharu, Martin Braithwaite (tengah). - Foto Reuters

Barcelona berkongsi klip video memperkenalkan Braithwaite sebagai pemain baharu mereka di laman sosial Twitter.

Tetapi dengan pantas gergasi Sepanyol itu memadam bahagian berkenaan sejurus menyedari kegagalannya melakukan kemahiran menyungkit bola sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, ia sudah terlambat apabila rakaman itu tular di media sosial sekali gus menyaksikan pemain yang mempunyai 39 kaps bersama Denmark itu menerima kecaman hebat.

Seorang penyokong secara sarkastiknya, berkata: “Pemain baharu ditandatangani Barcelona, Braithwaite memperagakan kemahirannya yang menjadikan dia berjaya di Middlesbrough. Pasukan anda belum bersedia menerima pemain berbakat sepertinya."

Seorang lagi pengguna Twitter, menambah: "Semoga hari anda menjadi lebih baik daripada sesi pengenalan Martin Braithwaite sebagai pemain Barcelona." - AGENSI

@MartinBraith pic.twitter.com/2lfcwJKEmW

— FC Barcelona (@FCBarcelona) February 20, 2020

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X