Isnin, 9 March 2020 | 12:20am
PEMAIN Chelsea, Mason Mount diasak pemain Everton, Djibril Sidibe pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge. - Foto Reuters
PEMAIN Chelsea, Mason Mount diasak pemain Everton, Djibril Sidibe pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge. - Foto Reuters

Chelsea pesta gol benam Everton

LONDON: Chelsea merakam kemenangan terbesar mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dan mengukuhkan kedudukan di tangga keempat selepas membelasah Everton 4-0.

Skuad kendalian Frank Lampard menang buat kali kedua dalam tujuh perlawanan liga hasil jaringan Mason Mount, Pedro, Willian dan Olivier di Stamford Bridge.

Chelsea, di tangga keempat, kini lima mata di depan penghuni tangga kelima Wolves dan dengan sembilan perlawanan berbaki, mereka berada di landasan terbaik untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

PEMAIN Chelsea, Pedro diasak pemain Everton, Andre Gomes pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge. - Foto Reuters
PEMAIN Chelsea, Pedro diasak pemain Everton, Andre Gomes pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge. - Foto Reuters

PEMAIN Chelsea, Willian meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge. - Foto Reuters
PEMAIN Chelsea, Willian meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge. - Foto Reuters

Ia minggu menggembirakan Lampard selepas mereka menyingkirkan Liverpool di pusingan kelima Piala FA Selasa lalu.

Ketiadaan Tammy Abraham, N'Golo Kante dan Mateo Kovacic jelas tidak menjejaskan persembahan Chelsea yang tampak lebih bertenaga dan tajam di bahagian hadapan.

Mount dan Pedro cukup berkesan di bahagian depan, manakala pemain 18 tahun Billy Gilmour juga menyerlah pada penampilan pertamanya di Liga Perdana dalam kesebelasan utama.

Harapan Everton untuk memburu tiket ke Liga Juara-Juara pula semakin pudar selepas tiga perlawanan berakhir tanpa kemenangan. – AFP

PEMAIN Chelsea, Olivier menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge. - Foto Reuters
PEMAIN Chelsea, Olivier menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge. - Foto Reuters

Berita Harian X