Khamis, 26 March 2020 | 2:44pm
Robben ketika membantu Chelsea menjulang trofi EPL.
Robben ketika membantu Chelsea menjulang trofi EPL.

Robben 'geli' bau padang latihan United

 

MANCHESTER: Rio Ferdinand percaya Arjen Robben menolak Manchester United dan menyertai Chelsea kerana ‘bau’ padang latihan Carrington.

Bercakap menerusi Instagram, bekas pertahanan Manchester United itu melontarkan pujian kepada Robben yang menjadi tonggak membantu The Blues memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), dua Piala Liga dan Piala FA di bawah kendalian Jose Mourinho.

“Robben pemain yang hebat. Kami sepatutnya menandatanganinya untuk Manchester United.

“Saya rasa apabila dia sampai ke padang latihan, dia berjalan di sekitarnya dan dia tidak sukakan baunya. Jadi dia keluar dan menyertai Chelsea.

“Saya tak percayakannya. Dia pasti menjadi pemain yang hebat untuk kami.”

Robben beraksi dalam 106 perlawanan buat Chelsea selepas berhijrah daripada PSV Eindhoven dengan nilai perpindahan 12 juta pound (RM62 juta) dan meledak 19 gol serta melakar 22 bantuan gol untuk pasukan itu.

“Kamu tahu dia akan datang dari sebelah kirinya namun bek kiri tidak dapat mengatasi situasi itu.

“Dia akan berkata ‘saya akan masuk mengikut kiri dan anda tidak dapat menghentikan saya.’

“Dan pertahanan lawan tidak dapat berbuat apa apa,” katanya. -Agensi

Berita Harian X