Khamis, 26 March 2020 | 4:51pm
Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Poket Messi, Ronaldo paling 'tebal'

LONDON: Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo muncul sebagai dua pemain terkaya di dunia.

 

France Football menghimpunkan senarai 10 pemain yang memiliki pendapatan tertinggi pada 2019.

 

Pendapatan terbabit dikira menerusi gaji, bonus, penajaan, pendapatan komersial dan sumber lain.

 

Mendahului senarai adalah bintang Barcelona, Messi dengan pendapatan sebanyak 120 juta pound (RM620 juta) diikuti Ronaldo dengan 109 juta pound (RM564 juta).

 

Hanya dua bintang itu sahaja memiliki pendapatan melebihi 100 juta pound (RM517 juta) yang menyaksikan pemain Paris Saint Germain (PSG), Neymar di tangga ketiga selepas menghimpun pendapatan sebanyak 87 juta.

 

Pemain sayap Real Madrid, Gareth Bale di tempat keempat dengan 35.45 juta pound (RM184 juta) dan bintang Barcelona, Antoine Griezmann pula dengan pendapatan sebanyak 35.25 juta pound (RM182 juta)

 

Lain lain menyaksikan Eden Hazard di tangga kelima (32.06 juta pound/ RM166 juta) disusuli pemain tengah Vissel Kobe, Andres Iniesta

(31.14 juta pound/ RM161 juta) dan Raheem Sterling (Sterling 30.96 juta pound/RM160 juta)

 

Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowksi pula mengaut sebanyak

26.56 juta pound (RM137 juta) dan seorang lagi pemain PSG, Kylian Mbappe dengan 24.73 juta pound (RM128 juta). - Agensi

 

 

10 pemain terkaya di dunia 

 

 

Lionel Messi 120 juta pound (RM620 juta)

 

Cristiano Ronaldo 109 juta pound (RM564 juta)

 

Neymar 87 juta pound (RM450 juta)

 

Gareth Bale 35.45 juta pound (RM184 juta)

 

Antoine Griezmann 35.25 juta pound (RM182 juta)

 

Eden Hazard 32.06 juta pound (RM166 juta)

 

Andres Iniesta 31.14 juta pound (RM161 juta)

 

Raheem Sterling 30.96 juta pound (RM160 juta)

 

Robert Lewandowski 26.56 juta pound (RM137 juta)

 

 

Kylian Mbappe 24.73 juta pound (RM128 juta)

 

Berita Harian X