Sabtu, 4 April 2020 | 1:08pm
Gambar fail, Kaka (tengah) bersama Cristiano Ronaldo (kiri) dan Lionel Messi pada Anugerah FIFA 2007. - Foto fifa.com/
Gambar fail, Kaka (tengah) bersama Cristiano Ronaldo (kiri) dan Lionel Messi pada Anugerah FIFA 2007. - Foto fifa.com/

Kaka pilih Messi, ketepi Ronaldo

LONDON: Kaka menyifatkan Lionel Messi sebagai genius dengan dia memilih bintang sensasi Barcelona itu berbanding pemain sayap Juventus, Cristiano Ronaldo biarpun pernah bersama dalam satu pasukan ketika di Real Madrid.

Messi yang juga pemenang anugerah Ballon d'Or sebanyak enam kali dan Ronaldo dilabel sebagai dua pemain terhebat sepanjang zaman dan sering berlaku siapa yang lebih baik antara mereka.

Kaka beraksi bersama Ronaldo di Santiago Bernabue pada musim 2009 hingga 2013 tetapi pemenang anugerah Ballon d'Or 2007 itu memilih Messi sebagai pilihannya utamanya.

"Saya beraksi dengan Cristiano dan dia pemain yang menakjubkan tetapi dalam hal ini saya memilih Messi," kata Kaka ketika ditanya siapa yang menjadi pilihannya sama ada Messi atau Ronaldo ketika sesi soal jawab di Instagram untuk saluran FIFA.

"Dia genius dan mempunyai bakat semulajadi. Cara dia bermain sangat luar biasa."

Ditanya mengenai Ronaldo yang juga pemenang anugerah Ballon d'Or sebanyak lima kali, Kaka berkata: "Cristiano seperti mesin.

"Ia bukan hanya disebabkan dia kuat, bertenaga dan laju tetapi dia juga kuat dari aspek mental.

"Dia sentiasa mahu menang dan bermain. Menjadi yang terbaik. Bagi saya, itu antara perkara menakjubkan yang dia miliki," katanya. - Agensi

 

 

Berita Harian X