Isnin, 6 April 2020 | 5:41pm
PEMAIN Kelantan United (KUFC), Amiridzwan Taj Tajuddin menjalani latihan kecergasan sekurang-kurangnya sejam setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekalkan stamina. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

Amiridzwan risau 'nak kejar semula' kecergasan

KOTA BHARU: Pemain Kelantan United (KUFC), Amiridzwan Taj Tajuddin menjalani latihan kecergasan sekurang-kurangnya sejam setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekalkan stamina.

Inisiatif itu dilakukan di bawah pemantauan jurulatih kecergasan pasukan dengan dia kadangkala memuatnaik video latihannya untuk perkembangan terbaharu sepanjang tempoh 'berkurung'.

Pemain pertahanan tengah itu berkata, meskipun tiada latihan lengkap seperti sepatutnya, stamina diri terpaksa diteruskan dengan membuat latihan ringan secara bersendirian.

"Ada juga terbit rasa bosan apabila agak lama tidak menjalani latihan kecergasan tapi apa yang mampu saya dan pemain lakukan sekarang ini adalah berlatih secara sendirian di rumah masing-masing.

"Setiap petang saya memperuntukkan sekurang-kurangnya satu jam untuk membuat latihan kecergasan menggunakan peralatan sesuai sekadar untuk mengekalkan stamina," katanya ketika ditemui di rumahnya di Tanjong Mas, di sini.

Anak jati Kampung Tapang, Kota Bharu itu berkata, sepatutnya awal bulan ini pasukannya menentang Johor Darul Ta'zim II (JDT II) namun disebabkan pandemik COVID-19 membawa kepada PKP, perlawanan itu tidak dapat berlangsung seperti dijadualkan.

Tidak menafikan terselit sedikit kebimbangan seandainya kecergasan diri gagal mencapai tahap yang memuaskan selepas ini, pemain berusia 34 tahun itu menjangkakan banyak usaha yang perlu dibuatnya.

"Selepas ini saya jangkakan banyak 'homework' yang mesti dilakukan untuk 'catch up' balik apa yang sudah ditinggalkan sepanjang PKP,” katanya.

Jika sebelum ini jadualnya agak padat dengan latihan dan perlawanan, tempoh PKP yang berlangsung memberi peluang kepadanya untuk meluangkan lebih masa bersama isteri, Ana Syahida Mohd Tamsir, 31 dan anaknya, Aishah Medina, setahun tujuh bulan.

Berita Harian X