Isnin, 6 April 2020 | 10:58pm
JURULATIH Manchester City, Pep Guardiola. - Foto AFP
JURULATIH Manchester City, Pep Guardiola. - Foto AFP

Ibu Guardiola meninggal dunia akibat COVID-19

BARCELONA: Ibu kepada jurulatih Manchester City, Pep Guardiola meninggal dunia selepas disahkan dijangkiti novel coronavirus, kata juara Liga Perdana itu sebentar tadi.

“Keluarga Manchester City sedih untuk melaporkan mengenai kematian ibu Pep, Dolors Sala Carrió hari ini di Manresa, Barcelona kerana coronavirus.

“Dia berusia 82 tahun,” kata City menerusi akaun rasmi Twitter kelab itu. - Agensi

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X