Isnin, 6 April 2020 | 11:27pm

FIFA campur tangan isu pemotongan gaji

LAUSANNE: FIFA hari ini meminta kelab dan pemain mencapai persetujuan mengenai pengurangan gaji untuk melindungi kelab yang berdepan masalah kewangan kerana krisis coronavirus, kata sumber.

Badan induk bola sepak dunia itu juga mencadangkan kontrak pemain disambung sehingga penamat musim bola sepak yang terganggu dan perpindahan pemain tidak akan dibuka sehingga ianya selesai.

Tindakan FIFA itu hadir selepas kelab Liga Perdana Inggeris buntu dalam perbincangan dengan pemain dan wakil mereka mengenai tindakan memotong gaji. - AFP

Berita Harian X