Selasa, 7 April 2020 | 11:40am
Liverpool terpaksa memohon maaf di atas perancangan awal mereka memohon bantuan kerajaan di bawah skim pengekalan pekerjaan berikutan pandemik COVID-19. - Foto hiasan
Liverpool terpaksa memohon maaf di atas perancangan awal mereka memohon bantuan kerajaan di bawah skim pengekalan pekerjaan berikutan pandemik COVID-19. - Foto hiasan

Liverpool buat pusingan-U, mohon maaf

LONDON: Liverpool terpaksa memohon maaf di atas perancangan awal mereka memohon bantuan kerajaan di bawah skim pengekalan pekerjaan berikutan pandemik COVID-19.

Selepas dikecam hebat oleh peminat dan bekas pemain, kelab Liga Perdana Inggeris itu akhirnya membuat pusingan-U dan membatalkan hasrat mereka.

Fenway Sports Group, pemilik Liverpool yang berpangkalan di Amerika Syarikat, merancang untuk memberi cuti kepada 200 kakitangan mereka dengan 80 peratus gaji mereka ditanggung kerajaan.

Tottenham, Newcastle, Bournemouth dan Norwich turut mengambil langkah demikian, tetapi Liverpool - kini mendahului liga dan mempunyai keuntungan sebelum cukai 42 juta pound (RM223.9 juta) untuk musim 2018-19 - dikritik hebat berdasarkan reputasi mereka.

“Kami percaya keputusan yang diambil minggu lalu adalah salah dan kami memohon maaf di atas kesilapan itu,” kata ketua eksekutif Liverpool Peter Moore.

Dengan Liga Perdana ditangguh akibat pandemik COVID-19, Manchester City yang dimiliki jutawan Abu Dhabi Sheikh Mansour, berkata mereka tidak akan mengambil skim kerajaan berkenaan.

Manchester United turut mengikut jejak tetangga mereka itu. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X