Isnin, 18 Mei 2020 | 11:32am
Ikon Barcelona, Xavi. - Foto AFP
Ikon Barcelona, Xavi. - Foto AFP

Jangan bazir beli Aubameyang, Mane: Xavi

BARCELONA: Ikon Barcelona Xavi menggesa gergasi Catalan itu supaya tidak membazirkan wang untuk bintang-bintang Liga Perdana Inggeris Pierre-Emerick Aubameyang dan Sadio Mane.

Bekas jeneral tengah itu mengakui kualiti dimiliki kapten Arsenal Aubameyang dan peledak Liverpool Mane, tetapi merasakan mereka tidak sesuai di Nou Camp.

Xavi, kini mengendali kelab Qatar Al-Sadd, berpendapat kedua-dua bintang itu - yang berkongsi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris 2018-19 dengan Mohamed Salah - mungkin sukar untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan bos Barca Quique Setien.

"Mane dan Aubemayang boleh menghukum anda di ruang terbuka. Tetapi Barcelona memerlukan pemain yang mampu menguasai ruang sempit.

"Saya berfikir tentang pemain yang mampu menyesuaikan diri dengan Barcelona dan ia tidak mudah untuk mencarinya. Samuel Eto'o amat sempurna, begitu juga Luis Suarez," kata Xavi.

Xavi, 40, turut merasakan Neymar perlu kembali ke Barca dari Paris Saint Germain.

"Dia adalah antara tiga atau lima terbaik di dunia. Saya harap dia kembali ke Barcelona," katanya. - AGENSI

Berita Harian X