Sabtu, 23 Mei 2020 | 10:16am
ISTERI pemain Arsenal, Sead Kolasinac ditahan kerana membawa masuk senajata renjatan elektrik ke United Kingdom.
ISTERI pemain Arsenal, Sead Kolasinac ditahan kerana membawa masuk senajata renjatan elektrik ke United Kingdom.

Isteri pemain Gunners bawa senjata

LONDON: Isteri pemain Arsenal, Sead Kolasinac ditahan kerana membawa masuk senajata renjatan elektrik ke United Kingdom.

Bella Kolasinac, 27, membeli senjata berkenaan sebagai perlindungan selepas serangan pisau terhadap suaminya dan rakan sepasukan Gunners, Mesut Ozil tahun lalu.

Kebimbangan itu menyebabkan dia ke Jerman dan mendapat permit sah di sana untuk membawa "electro shocker".

Namun dia tidak menyedari senjata itu diharamkan di Britain — dan semalam The Sun diberitahu bahawa dia ditahan pegawai Pasukan Kawalan Sempadan di Lapangan Terbang London Biggin Hill selepas menemui senjata itu dalam bagasi dibawanya.

Bella berkata dia membeli senjata itu untuk mempertahankan diri dan ada kebenaran untuk mengimport.

Dia boleh dipenjara sehingga enam bulan kerana membawa masuk senjata tidak dibenarkan tetapi hanya diberi amaran.

Jurucakap Kolasinac, 26, berkata: "Ia hanya salah faham. Alat electro shocker itu masih dalam bungkusan dan tidak mempunyai bateri.

"Bella membuktikan dia menghantar emel kepada syarikat penerbangan bagi memastikan dia boleh membawanya masuk.

"Malangnya dia berada dalam pesawat dan telefonnya ditutup apabila menerima emel mengatakan barangan itu adalah diharamkan.

"Syarikat penerbangan itu memaklumkan kepada kastam bahawa dia memiliki senjata itu sebelum mendarat." - Agensi

Berita Harian X