Sabtu, 23 Mei 2020 | 11:34am
Bekas penyanyi Oasis, Liam Gallagher.
Bekas penyanyi Oasis, Liam Gallagher.

'Hantar pereka jersi City ke Wuhan'

MANCHESTER: Liam Gallagher membuat kejutan apabila meminta kakitangan Puma yang mencipta jersi ketiga Manchester City untuk musim depan sebelum didedahkan di media sosial sepatutnya "dihantar terus ke Wuhan".

Cadangan jersi City untuk kempen 2020-21 menampilkan rekaan Paisley yang boleh menjadikan ia satu daripada jersi paling pelik pernah dilihat dalam liga Perdana.

Gaya itu menampilkan warna biasa City iaitu biru muda bersama asas putih yang menjadi perdebatan hangat dalam kalangan peminat.

Ada mendakwa ia akan dilihat klasik untuk tahun mendatang manakala selainnya mengkritik Puma yang menandatangani perjanjian dengan City hingga 2029.

Dan Gallagher jelas berada dengan mereka yang membencinya apabila mula mengeluarkan kenyataan di Twitter bahawa pereka jersi itu perlu dihantar ke Wuhan, bandar di China tempat bermula penularan COVID-19.

Penyokong tegar City itu yang juga bekas penyanyi Oasis memuat naik kenyataan di Twitter yang kemudiannya dipadam:

"Sesiapa saja bertanggungjawab terhadap jersi baharu Man City perlu dihantar menaiki pesawat seterusnya ke WUHAN dan sesiapa yang membelinya juga perlu ke sana, anda f****** tahu siapa LG x".

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X