Khamis, 28 Mei 2020 | 9:46pm
Rashford tiba ke pangkalan latihan United dengan kereta baharu.
Rashford tiba ke pangkalan latihan United dengan kereta baharu.

Rashford tayang 'kereta kebal' berharga RM802,000

MANCHESTER: Marcus Rashford tiba di padang latihan Manchester United dengan kereta Mercedes-AMG G63 berharga 150,000 pound (RM802,000) namun kelihatan seperti kereta kebal.

Bintang England itu tiba di Carrington dengan kereta baharu itu yang diperkuat enjin V-8 4 liter dan memiliki 577 kuasa kuda.

Rashford memang dikenali dengan tabiat membeli kereta baharu dan kebiasaannya adalah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Ketika masih lagi 'hijau' sebagai pemain, dia memandu kereta Audi RS4 berharga 60,000 pound (RM320,000).

Dia kemudiannya beralih kepada Mercedes bermula dengan CLA45 Coupe yang bernilai 60,000 pound (RM320,000).

Selepas itu, dia menggunakan Merc S Class Coupe berharga 103,000 pound (RM550,000) sebelum mendapatkan Range Rover yang berharga 70,000 pound (RM374,000).

Namun kini dia bergaya dengan kereta lebih besar, lebih baik dan lebih pantas iaitu Mercedes-AMG G63. - Agensi

Berita Harian X