Ahad, 20 Ogos 2017 | 1:14pm
ATLET boling, Sin Li Jane menyumbangkan pingat perak acara individu di Sunway Mega Lanes, sebentar tadi. - Foto Osman Adnan
ATLET boling, Sin Li Jane menyumbangkan pingat perak acara individu di Sunway Mega Lanes, sebentar tadi. - Foto Osman Adnan

Boling wanita terus kemarau emas

SUBANG: Kemarau emas kontinjen Malaysia bagi acara individu boling wanita di Sukan SEA terus berpanjangan, apabila dua sandaran, Sin Li Jane dan Shalin Zulkifli masing-masing hanya mampu menyumbangkan perak dan gangsa, sebentar tadi.

Pada aksi final di Sunway Mega Lanes, di sini, Li Jane, 25, mengumpul keseluruhan 1,300 jatuhan pin selepas enam pusingan untuk menamatkan saingan di tangga kedua di belakang pemenang emas, Cherie Tan dari Singapura yang melakukan 1,413 jatuhan pin.

Shalin, pemain veteran negara yang kali terakhir memenangi acara individu di temasya serantau itu pada 2001, menampilkan kebangkitan menakjubkan, namun terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas melakukan 1,297 jatuhan pin.

Pada edisi di Singapura dua tahun lalu, Malaysia turut memenangi pingat gangsa menerusi Esther Cheah.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X