Isnin, 21 Ogos 2017 | 1:03pm
PEMAIN boling negara, Alex Liew (kiri) dan Syafiq Ridhwan memenangi pingat emas dalam acara boling beregu lelaki Sukan SEA KL2017 di Sunway Megalanes. - Foto Danial Saad.

Gandingan Alex, Syafiq raih emas acara boling

KUALA LUMPUR: Malaysia memenangi pingat emas dan perak acara beregu lelaki boling temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid, sebentar tadi.

Pingat emas kelima hari ini dan ke-21 secara keseluruhan disumbangkan menerusi gandingan Alex Liew dan Syafiq Ridhwan Abd Malek.

Perak pula oleh diraih oleh gandingan Adrian Ang dan Rafiq Ismail.

ALEX Liew (dua dari kanan) dan Syafiq Ridhwan (kanan) bersama Andrian Ang (kiri) dan Muhd Rafiq Ismail yang memenangi pingat perak dalam acara boling beregu lelaki Sukan SEA KL2017 di Sunway Megalanes. - FotoDanial Saad

Berita Harian X