Ahad, 27 Ogos 2017 | 1:08pm

KL2017: Aura Sie Yan pertahan emas gimrama

KUALA LUMPUR: Gimnas negara, Koi Sie Yan ternyata sukar ditandingi apabila berjaya mempertahankan pingat emas temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas mengungguli acara gimrama individu keseluruhan di MITEC, sebentar tadi.

Dalam saingan tadi, Sie Yan cemerlang dengan persembahan menarik untuk mengumpul 63.15 mata, mengatasi seorang lagi atlet berpengalaman negara, Amy Kwan Dict Weng 60.10 mata.

Pingat gangsa pula dimenangi gimnas Thailand, Pornchanit Junthabud yang mengumpul 52.50 mata.

Daripada empat disiplin yang dipersembahkannya, Sie Yan jelas paling memukau barisan juri dalam disiplin gelung dengan 16.60 mata berbanding bola (15.60), belantan (15.25) dan riben (15.70).

GIMNAS negara, Koi Sie Yan (kanan) memenangi pingat emas bersama Amy Kwan Dict Weng (kiri) yang meraih perak dalam acara gimnastik berirama individu keseluruhan wanita di MITEC. - Foto Muhaizan Yahya

Dengan kemenangan ini, bermakna atlet berusia 18 tahun itu sudah menuai emas kedua daripada gelanggang gimrama selepas membantu pasukan negara menamatkan penantian 10 tahun menerusi kejayaan menguasai acara berpasukan semalam.

Sebagai rekod, pada Sukan SEA 2015 Singapura Sie Yan berkongsi pingat emas bersama seorang lagi atlet negara Shasangari Sivaneswari selepas kedua-duanya diumumkan sebagai pemenang bersama.

AKSI memukau dari gimnas negara, Koi Sie Yan ketika melakukan acara disiplin gelung gimrama individu di MITEC. - Foto Muhaizan Yahya
AKSI gimnas negara, Koi Sie Yan melakukan acara disiplin gelung gimrama individu di MITEC. - Foto Muhaizan Yahya
AKSI gimnas negara, Koi Sie Yan melakukan acara disiplin gelung gimrama individu di MITEC. - Foto Muhaizan Yahya
Aksi gimnas negara, Koi Sie Yan melakukan acara disiplin bola gimrama individu di MITEC. - Foto Muhaizan Yahya
Aksi gimnas negara, Koi Sie Yan melakukan acara disiplin bola gimrama individu di MITEC. - Foto Muhaizan Yahya
KOI Sie Yan ceria selepas meraih emas dalam acara gimnastik berirama individu keseluruhan wanita di MITEC. - Foto Muhaizan Yahya
Berita Harian X