Ahad, 27 Ogos 2017 | 4:28pm
KOI Sie Yan melakukan disiplin Ribbon dalam acara gimnastik berirama individu keseluruhan wanita Sukan Sea KL2017 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia. - Foto Muhaizan Yahya
KOI Sie Yan melakukan disiplin Ribbon dalam acara gimnastik berirama individu keseluruhan wanita Sukan Sea KL2017 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia. - Foto Muhaizan Yahya
KOI Sie Yan ketika melakukan disiplin gelung dalam acara gimnastik berirama individu keseluruhan wanita Sukan Sea KL2017 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia. - Foto Muhaizan Yahya
KOI Sie Yan ketika melakukan disiplin gelung dalam acara gimnastik berirama individu keseluruhan wanita Sukan Sea KL2017 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia. - Foto Muhaizan Yahya
GIMNAS negara, Koi Sie Yan memenangi pingat emas dalam acara gimnastik berirama individu keseluruhan wanita Sukan Sea KL2017 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia. - Foto Muhaizan Yahya
GIMNAS negara, Koi Sie Yan memenangi pingat emas dalam acara gimnastik berirama individu keseluruhan wanita Sukan Sea KL2017 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia. - Foto Muhaizan Yahya
KOI Sie Yan paling memukau barisan juri dalam disiplin gelung dengan meraih mata tertinggi 16.60 mata berbanding disiplin lain. - Foto Muhaizan Yahya
KOI Sie Yan paling memukau barisan juri dalam disiplin gelung dengan meraih mata tertinggi 16.60 mata berbanding disiplin lain. - Foto Muhaizan Yahya

KL2017: Sie Yan sukar ditandingi

KUALA LUMPUR: Gimnas negara, Koi Sie Yan ternyata sukar ditandingi apabila berjaya mempertahankan pingat emas temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) selepas mengungguli acara gimrama individu keseluruhan di sini, hari ini.

Sie Yan mempamerkan aksi cemerlang dengan persembahan menarik untuk mengumpul 63.15 mata, megatasi seorang lagi atlet berpengalaman negara Amy Kwan Dict Weng 60.10 mata.

Pingat gangsa pula dimenangi gimnas Singapura, Tong Kah Mun yang mengumpul 52.90 mata. Saingan berlangsung di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC).

Daripada empat disiplin yang dipersembahkannya, Sie Yan jelas paling memukau barisan juri dalam disiplin gelung apabila meraih mata tertinggi 16.60 mata berbanding bola (15.60), belantan (15.25) dan riben (15.70).

Kemenangan ini, bermakna atlet berusia 18 tahun itu sudah menuai emas kedua daripada gelanggang gimrama selepas membantu pasukan negara menamatkan penantian 10 tahun menerusi kejayaan menguasai acara berpasukan semalam.

Bagi Sie Yan, emas yang dirai di tanah air sendiri cukup bermakna terutama apabila dapat beraksi di hadapan keluarga dan juga rakan-rakan.

Justeru atlet berasal dari Kuantan Pahang itu berharap dapat beraksi lebih cemerlang esok dalam aparatus final yang menawarkan empat emas.

"Saya gembira dapat beraksi dengan baik hari ini. Biarpun mendapat tentangan dari rakan senegara saya cuba melakukan yang terbaik.

"Tapi bagi saya tidak kira siapa menang, yang penting kami semua dapat menyumbangkan emas kepada Malaysia," katanya.

Sebagai rekod, pada Sukan SEA 2015 Singapura Sie Yan berkongsi pingat emas bersama seorang lagi atlet negara, Shasangari Sivaneswari dalam acara berkenaan selepas kedua-duanya diumumkan sebagai pemenang bersama.

Berita Harian X