Isnin, 28 Ogos 2017 | 12:39pm
ATLET gimnas negara, Koi Sie Yan melakukan disiplin gelung individu berirama wanita di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC). - Foto Muhaizan Yahya

KL2017: Sie Yan raih emas pertama negara hari ini

KUALA LUMPUR: Kontinjen negara terus rancak menuai pingat emas temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang kian menghampiri ke hari penutup, selepas berjaya menghimpun 96 pingat kejuaraan sehingga semalam.

Sebentar tadi, Malaysia berjaya menambah satu lagi pingat emas menerusi gimnas negara, Koi Sie Yan, yang memenangi acara gelung sukan gimrama di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), dekat sini.

Ini adalah pingat emas pertama negara pada hari ini dan ke-97 keseluruhan.

Pada aksi final, dia menewaskan rakan senegara, Amy Kwan Dict Weng untuk berpuas hati dengan perak. Gangsa milik peserta Thailand, Panjarat Prawatyotin.

ATLET gimnas negara, Koi Sie Yan memenangi pingat emas dalam acara disiplin gelung individu berirama wanita di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) . - Foto Muhaizan Yahya

Berita Harian X