Isnin, 28 Ogos 2017 | 12:49pm

KL2017: Amy Kwan rangkul emas ke-100 Malaysia

KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia berjaya meraih pingat emas ke-100 pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sebentar tadi.

Emas itu dirangkul oleh atlet gimrama, Amy Kwan Dict Weng dalam acara riben di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC).

AKSI sempurna atlet gimnas negara, Amy Kwan Dict Weng untuk pingat emas ke-100 negara di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), sebentar tadi. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

ATLET gimnas negara, Amy Kwan Dict Weng meraih pingat emas dalam acara riben di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), sebentar tadi. - Foto Muhaizan Yahya
Berita Harian X