Isnin, 28 Ogos 2017 | 5:41pm
PASUKAN gimrama Malaysia memenangi pingat emas acara berpasukan aparatus campuran tali dan bola gimnastik berirama wanita Sukan Sea KL2017 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia. - Foto Muhaizan Yahya

KL2017: Emas ke-101 negara dari gimrama

KUALA LUMPUR: Gimnas negara menyapu bersih semua emas yang dipertandingkan pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila memenangi pingat kejuaraan yang kelapan sebentar tadi.

Ia dimenangi menerusi acara berkumpulan aparatus campuran tali dan bola.

Pingat emas itu adalah yang ke-101 berada dalam genggaman kontinjen negara setakat ini tatkala temasya KL2017 hanya berbaki dua hari lagi.

Keputusan itu turut menyaksikan Malaysia muncul juara keseluruhan sukan gimrama apabila memenangi semua lapan pingat yang dipertandingkan.

Berita Harian X