Isnin, 28 Ogos 2017 | 10:52pm
PELUMBA trek negara, Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sharom bersaing dalam acara pecut individu Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Velodrom Nasional, Nilai. - Foto Iqmal Haqim Rosman

KL2017: Jijoe, basikal trek hadiahkan emas ke-111

NILAI: Pelumba trek negara, Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat emas ke-111 negara di Velodrom Nasional, Nilai, sekali gus melepasi sasaran yang diletakkan kontinjen negara bagi memungkinkan negara muncul juara keseluruhan pada edisi ke-29 Sukan SEA 2017 ini.

The Pocket Rocketman yang juga pembawa Jalur Gemilang negara ketika majlis pembukaan KL2017, menghadiahkan emas keramat negara itu menerusi acara pecut individu dengan menewaskan rakan senegara Muhammad Shah Firdaus Sharom dalam kedua-dua pusingan final pecut individu lelaki.

Juara bertahan, Thailand yang juga pesaing utama negara mengekori di tempat kedua dengan kini memperoleh 60 emas.

PELUMBA trek negara, Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sharom bersaing dalam acara pecut individu Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Velodrom Nasional, Nilai. - Foto Iqmal Haqim Rosman
PELUMBA trek negara, Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sharom bersaing dalam acara pecut individu Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Velodrom Nasional, Nilai. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Dengan dua hari temasya akan melabuhkan tirainya, tinggal 67 emas saja lagi menjadi taruhan dan mustahil bagi mana-mana negara lain untuk memintas kedudukan Malaysia setakat ini.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini meletakkan sasaran 111 pingat emas yang mana menyamai pungutan emas keseluruhan yang diperoleh kontinjen negara ketika kali terakhir muncul juara keseluruhan pada tahun 2011.

Kontinjen negara menghantar 844 atlet bagi muncul kontinjen terbesar dalam temasya kali ini yang mempertaruhkan 404 pingat emas keseluruhan.

Terdahulu, Fatehah Mustapa menghadiahkan pingat emas ke-110 apabila menundukkan rakan senegara, Farina Shawati Mohd Adnan dalam kedua-dua pusingan final acara pecut wanita.

PELUMBA trek negara, Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sharom bersaing dalam acara pecut individu Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Velodrom Nasional, Nilai. - Foto Iqmal Haqim Rosman
PELUMBA trek negara, Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sharom bersaing dalam acara pecut individu Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Velodrom Nasional, Nilai. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Berita Harian X