Selasa, 29 Ogos 2017 | 6:05pm
PESILAT negara, Fauzi Khalid memperagakan pingat emas selepas menewaskan pesilat Vietnam, Tran Dinh Nam dalam aksi final acara tanding kelas F lelaki di Stadium Juara, Kuala Lumpur. - Foto Syarafiq Abd Samad

KL2017: PESAKA lepasi sasaran emas

KUALA LUMPUR: Pesilat negara, Fauzi Khalid menepati sasaran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) apabila meraih emas kelapan skuad silat di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini.

Lima minit selepas itu, juara dunia Siti Rahmah Mohamed Nasir melepasi angka itu apabila menghadiahkan emas kesembilan dari skuad silat, sekali gus melepasi sasaran yang ditetapkan PESAKA>

Fauzi menewaskan pesilat Vietnam, Tran Dinh Nam 4-1 pada aksi final acara tanding kelas F lelaki.


PESILAT negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir memperagakan pingat emas selepas menewaskan pesilat Indonesia, Pipiet Kamelia dalam aksi final kelas E wanita di Stadium Juara, Kuala Lumpur. - Foto Syarafiq Abd Samad

Rahmah pula tidak berdepan masalah untuk menumpaskan pesilat Indonesia, Pipiet Kamelia 5-0 pada final kelas E wanita.

Terdahulu, seorang lagi juara dunia, Mohd Al Jufferi Jamari meraih emas ketujuh negara apabila diisytiharkan sebagai pemenang kelas E lelaki selepas lawannya, Pham Tuan Anh dari Vietnam menarik diri pada pusingan kedua kerana kecederaan tangan.

Berita Harian X