Isnin, 18 September 2017 | 4:07pm
ATLET renang Para, Carmen Lim menyasarkan untuk mempertahankan emas dalam acara 50 meter gaya bebas yang dimenanginya dua tahun lalu di Singapura. - Foto Osman Adnan

Cita-cita jadi peguam, sukan sekadar isi masa lapang - Carmen

KUALA LUMPUR: Kecacatan bukan halangan untuk perenang negara, Carmen Lim mengejar impian bergelar seorang peguam.

Malah, temasya Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017) menjadi medan untuk dirinya membakar semangat dan meneruskan perjuangan mengejar cita-cita bergelar atlet dan peguam.

Menyasarkan untuk mempertahankan emas dalam acara 50 meter gaya bebas yang dimenanginya dua tahun lalu di Singapura, Carmen berkata dia akan cuba memberi yang terbaik dalam acara itu.

Perenang berusia 17 tahun itu sekadar meraih perak dalam acara 100m gaya bebas S8 dengan merekodkan 1 minit 29.75 saat pada hari pertama renang dipertandingkan di Pusat Akuatik Nasional, Bandar Sukan Kuala Lumpur hari ini.

Acara 100m gaya bebas S8 dimenangi perenang Thailand, Thongbai Chaisawa selepas merekodkan 1:28.99s dan gangsa milik atlet Indonesia, Nor Aimah 1:34.54s.

CARMEN Lim (tengah) bersama skuad renang Para pada sesi latihan di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil. - Foto Osman Adnan
CARMEN Lim (tengah) bersama skuad renang Para pada sesi latihan di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil. - Foto Osman Adnan

Ditanya sama ada dia yang cacat sebelah tangan kiri sejak dilahirkan mampu menghadiahkan pingat emas buat negara, Carmen berkata apa yang boleh dijanjikan adalah memberikan yang terbaik.

"Saya tidak berani janji kerana saya tidak tahu kekuatan atlet lain. Tapi jika boleh saya mahu memecahkan rekod temasya dan berusaha memberi yang terbaik," katanya.

PERENANG Malaysia, Carmen Lim memenangi pingat perak dalam acara akhir 100 meter wanita gaya bebas S8 di Kompleks Renang Bukit Jalil. - Foto Luqman Hakim Zubir
PERENANG Malaysia, Carmen Lim memenangi pingat perak dalam acara akhir 100 meter wanita gaya bebas S8 di Kompleks Renang Bukit Jalil. - Foto Luqman Hakim Zubir

Pada hari pertama aksi di Pusat Akuatik Nasional, hari ini Carmen berpeluang cerah untuk menghadiahkan emas, namun kesilapan teknikal menyebabkan dia tertelan air ketika beraksi merencatkan kuakan renangannya dan terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Bagaimanapun kata Carmen sukan hanyalah aktiviti untuk mengisi masa lapang kerana fokus utamanya adalah pelajaran dan akan menduduki GCE 'O' Levels di Sekolah Sri Garden Kuala Lumpur selepas ini serta dijadualkan melanjutkan pelajaran di England.

Katanya, dia berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di sana bagi merealisasikan impian bergelar peguam.

Carmen akan turun Khamis ini dalam acara 50m gaya bebas dan 100m kuak lentang.

Sementara itu, seorang lagi perenang wanita negara, Puteri Nur Diyana Megat Jawahir Megat Muhammad Fadzil menghadiahkan gangsa dalam acara 50m kuak dada SB14 selepas merekodkan 45.44s.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X