Isnin, 18 September 2017 | 8:25pm
PASUKAN lumba basikal trek negara meraikan kejayaan selepas membolot kesemua 12 emas yang dipertandingkan sempena Sukan Para Asean KL2017 di Velodrom Nasional Nilai, Negeri Sembilan. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Para KL2017: Malaysia sapu bersih 12 emas di velodrom

NILAI: Kontinjen Malaysia boleh mengharapkan lebih banyak emas disumbangkan skuad berbasikal negara apabila mereka meraih semua 12 emas bagi acara trek di Velodrom Nasional Malaysia yang berakhir sebentar tadi.

Saingan dua hari acara trek menyaksikan anak didik ketua jurulatih Johari Mohd Nayan meraih semua tujuh emas pada hari pertama, disusuli lima emas pada hari ini.

"Ia sesuatu yang tidak disangka apabila mampu meraih semua emas yang dipertandingkan. Saya bangga dengan persembahan mereka," kata Johari.

ZUHAIRIE Ahmad Tarmizi selepas berjaya meraih pingat emas dalam acara akhir 4km Kejar Mengejar Individu (C5) Lelaki sempena temasya Sukan Para Asean KL2017 di Velodrom Nasional Nilai, Seremban. - Foto Iqmal Haqim Rosman

PELUMBA trek negara, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais (belakang) dan jurumudi, Noraidillina Adilla J. Sam meraikan kejayaan selepas meraih pingat emas dalam acara akhir 3km Kejar Mengejar Individu (B) Wanita sempena temasya Sukan Para Asean KL2017 di Velodrom Nasional Nilai, Seremban. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Pencapaian 12 emas sudah mengatasi sasaran 10 emas yang ditetapkan bagi sukan berbasikal, dengan acara lebuh raya akan berlangsung pada Rabu dan Khamis di Putrajaya yang menawarkan 14 emas secara keseluruhan.

"Bagi lebuh raya, sasaran awal adalah empat emas namun selepas menilai prestasi mereka di trek, mungkin kita akan mendapat lebih banyak emas kerana sebahagiannya adalah atlet yang sama beraksi di lebuh raya.

"Jadi jika mereka mengikut strategi yang diarahkan, saya percaya kita akan mendapat lebih lagi pingat," tambahnya.

Secara keseluruhan, acara trek menyumbang 12 emas, tujuh perak dan tiga gangsa.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X