Ahad, 15 Oktober 2017 | 10:53am
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melengkapkan sambutan Hari Sukan Negara 2017 (HSN) peringkat Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berlangsung di ibu pejabat syarikat itu, di sini, semalam. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor.
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melengkapkan sambutan Hari Sukan Negara 2017 (HSN) peringkat Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berlangsung di ibu pejabat syarikat itu, di sini, semalam. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor.

Khairy meriahkan HSN TNB

KUALA LUMPUR: Kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melengkapkan sambutan Hari Sukan Negara 2017 (HSN) peringkat Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berlangsung di ibu pejabat syarikat itu, di sini, semalam.

"Terima kasih TNB kerana menyokong penganjuran Hari Sukan Negara tahun ini," kata Khairy yang turut berkesempatan bermain futsal.  

Sebanyak 30 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan futsal termasuk dua pasukan bagi kategori wanita.

Secara keseluruhan, sempena HSN 2017 kali ini, hampir 5,000 warga kerja TNB mengambil bahagian dalam 20 acara dianjurkan Kelab Kilat (kelab warga kerja TNB) di 18 lokasi di seluruh semenanjung.

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata, sambutan ini selaras dengan hasrat pengurusan syarikat itu membudayakan program kesihatan.

"Selain futsal, sukan lain yang dipertandingkan ialah bola sepak, badminton, bola jaring, ping pong, pencarian harta karun, berbasikal dan lain-lain lagi," katanya yang juga Yang Dipertua Kelab Kilat Kuala Lumpur. 

Sambutan Hari Sukan Negara diisytiharkan akan diadakan setiap Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. 

Sambutan ini adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan sebagai langkah proaktif ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah 'Negara Bersukan'.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X