Isnin, 23 Oktober 2017 | 10:57am
Noah Lyles (tengah) muncul juara mendahului pelari lain dalam acara 100 meter dalam kejohanan kebangsaan Amerika Syarikat, sebentar tadi. - Foto AFP

Lyles juara 100m AS

CHICAGO: Pelari pecut Noah Lyles melakar masa terpantas 100 meter tahun ini dengan 9.88 saat untuk memenangi kejohanan kebangsaan Amerika Syarikat (AS), sebentar tadi.

Atlet berusia 20 tahun konsisten berlari dari belakang dan mengatasi pemenang tempat kedua, Ronnie Baker, untuk mengatasi catatan 9.89s dilakukannya pada separuh akhir Kejohanan AS, Des Moines, Iowa itu.

"Saya sangat gembira, terpantas dunia dalam dua acara," kata Lyles lebih dikenali dalam acara 200m.

Baker, yang mengetuai perlumbaan ketika berbaki 25 meter mencatatkan 9.90s manakala Kendal Williams ketiga dengan 10.00s

Pada aksi separuh akhir, Lyles melakukan 9.89s untuk menyamai masa terpantas tahun ini dilakukan Mike Rodgers ketika aksi saringan semalam.

Rodgers tidak menyertai separuh akhir selepas diusung keluar dari perlumbaan namun tiada maklumat lanjut diberikan. 

Tiada pelari Olimpik atau dunia selain ramai nama besar pelari AS tidak bersaing termasuk pemenang rekod dunia dalam dewan, Christian Coleman dan juara dunia 100m, Justin Gatlin.

Ia adalah kejuaraan kebangsaan pertama bagi Lyles yang akan berusia 21 tahun bulan depan.

"Ia agak bagus," katanya. -AFP

Berita Harian X