Jumaat, 27 Oktober 2017 | 12:34am
PEMAIN Great Britain,Wallace Zachary (kiri) mengasak kapten Jepun, Mizuki Ikeda pada aksi Kejohanan Hoki Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru. - Foto Mohd Azren Jamaludin

PEMAIN Great Britain, Tom Sorsby (tengah) diasak tiga pemain Jepun pada Kejohanan Hoki Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru. - Foto
PEMAIN Great Britain, Tom Sorsby (tengah) diasak tiga pemain Jepun pada Kejohanan Hoki Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru. - Foto

Hoki Piala Sultan Johor: Great Britain hampiri final

JOHOR BAHRU: Juara 2015, Great Britain semakin hampir ke final Kejohanan Hoki Bawah 21 Tahun, Piala Sultan Johor selepas membenam Jepun 3-1 di Stadium Hoki Taman Daya, sebentar tadi.

Skuad kendalian Jon Bleby ketinggalan 0-1 kepada Jepun selepas Ramu Watanabe meledak gol pembukaan pada minit ke-30.

Namun, kedudukan itu berubah pada minit ke-44 apabila Great Britain bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan Edward Way yang berpunca daripada pukulan sudut penalti.

Asakan bertali arus Great Britain yang mengidamkan kemenangan bagi mencari kedudukan selesa untuk layak ke final kejohanan edisi ketujuh itu membuahkan hasil pada minit ke-54 selepas Tom Sorsby menjaringkan gol padang.

PENJAGA gol Jepun, Yusuke Takano menampan cubaan pemain Great Britain pada Kejohanan Hoki Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru. - Foto BERNAMA
PENJAGA gol Jepun, Yusuke Takano menampan cubaan pemain Great Britain pada Kejohanan Hoki Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru. - Foto BERNAMA

Hanya lima minit selepas itu, Zachary Wallace melengkapkan kemenangan Great Britain apabila menyumbang gol ketiga.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi, Australia kembali menghidupkan peluang memburu pentas akhir selepas menewaskan India 4-3.

Skuad kendalian Brian Livermore terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi pukulan sudut penalti Joel Rintala sebelum India bangkit menyamakan kedudukan pada minit kesembilan juga berpunca daripada pukulan sudut penalti yang disudahkan Sanjay.

India kemudian berada di depan selepas Dilpreet Singh mencipta gol padang pada minit ke-30 namun giliran skuad Burras pula bangkit menyamakan kedudukan menerusi Coby Green, enam minit kemudian.

Australia kembali mendahului hasil jaringan Jonanthan Bretherton pada minit ke-45, namun India sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol Dilpreet pada minit ke-47.

Kedudukan itu bagaimanapun tidak bertahan lama selepas Nathan Ephrausms muncul wira Australia apabila menjaringkan gol kemenangan hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-49.

Berita Harian X