Ahad, 29 Oktober 2017 | 10:58pm
PASUKAN Australia menjulang trofi selepas menewaskan Great Britain dalam aksi akhir Kejohanan Hoki Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim
PASUKAN Australia menjulang trofi selepas menewaskan Great Britain dalam aksi akhir Kejohanan Hoki Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim

Australia kekal juara Piala Sultan Johor

JOHOR BAHRU: Juara bertahan, Australia menepati ramalan untuk mengekalkan kejuaraan dua tahun berturut-turut selepas menewaskan Britain 2-0 pada final kejohanan hoki B-21 Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, sebentar tadi.

Kemenangan Australia itu sekali gus menebus kekalahan 2-4 kepada Britain pada hari pertama kejohanan, hujung minggu lalu.

Skuad kendalian Brent Livermore berjaya mencipta jaringan seawal minit keempat selepas bola tolakan deras Joel Rintala menerusi pukulan sudut penalti tepat ke penjuru kanan gol gagal diselamatkan penjaga gol Britain, Chris Wyver.

Britain yang ketinggalan 0-1 mula menyusun serangan bagi memburu gol penyamaan namun benteng anak didik Livermore tampak masih ampuh dan berjaya menghalang beberapa percubaan berbahaya juara 2015 itu.

TOM SORSBY (kiri) dari Great Britain berebut bola dengan pemain Australia, Liam Flynn ketika aksi akhir Kejohanan Hoki Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim

PEMAIN Great Britain, James Sutcliffe (kanan) diasak pemain Australia, Ehren Hazell ketika aksi akhir Kejohanan Hoki Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim

Ketika aksi pada suku kedua, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan seimbang apabila kerap mengasak antara satu sama lain namun Britain yang ketinggalan gagal mencipta gol penyamaan.

Bersambung suku ketiga, Australia menyentap semangat juang Britain apabila mencipta gol kedua pada minit ke-35 selepas Nanthan Epharaums bertindak menolak bola menewaskan Wyver ketika berlaku kekalutan dalam kawasan D.

Usaha anak didik Jon Bleby yang terdesak mencari gol sepanjang 10 minit terakhir ternyata gagal mencipta jaringan sebaliknya Australia berjaya mempertahankan kedudukan itu hingga tamat perlawanan untuk muncul juara buat kali kedua berturut-turut.

KEPUTUSAN

Final:

Australia 2 Britain 0

Tempat ketiga-keempat:

India 4 Malaysia 0

Tempat kelima-keenam:

Jepun 11 Amerika Syarikat 0

Pemain Terbaik Final:

Nathanael Stewart (AUS)

Pemain Terbaik Kejohanan:

Vivek Prasad (IND)

Penjaga Gol Terbaik:

Chris Wyver (GBR)

Penjaring Terbanyak:

Dilpreet Singh (IND) 9 gol, Nathan Epharaums (AUS) 9 gol

Anugerah Fairplay:

Amerika Syarikat

Berita Harian X